APA ITU KOMPUTER?
Ia adalah suatu peranti elektronik (Electronic Device) yang boleh diprogram untuk kemasukkan data, memproses data, menyimpan data, mengeluarkan semula data atau sebagai suatu output keluaran.
- Boleh diprogram – merujuk kepada arahan langkah demi langkah yang perlu ada pada komputer untuk menjalankan sesuatu tugas. Set arahan yang sedemikian disebut sebagai ATURCARA (program).
- Peranti Elektronik – merujuk kepada mesin sebenar bagi komputer iaitu cip, litar elektronik dan papan kekunci (keyboard) yang digabungkan dan kemudiannya disebut sebagai komputer.
- Memproses, menyimpan dan mendapatkan kembali data – adalah kerja yang dilakukan oleh komputer yang akan menukarkan data kepada maklumat yang berguna.
- Keluaran – melaporkan keputusan pemprosesan kepada pengguna atau kepada komputer lain.