Thursday, October 14, 2010

APA ITU KOMPUTER?

APA ITU KOMPUTER?

Ia adalah suatu peranti elektronik (Electronic Device) yang boleh diprogram untuk kemasukkan data, memproses data, menyimpan data, mengeluarkan semula data atau sebagai suatu output keluaran.

  • Boleh diprogram – merujuk kepada arahan langkah demi langkah yang perlu ada pada komputer untuk menjalankan sesuatu tugas. Set arahan yang sedemikian disebut sebagai ATURCARA (program).
  •  Peranti Elektronik – merujuk kepada mesin sebenar bagi komputer iaitu cip, litar elektronik dan papan kekunci (keyboard) yang digabungkan dan kemudiannya disebut sebagai komputer.
  • Memproses, menyimpan dan mendapatkan kembali data – adalah kerja yang dilakukan oleh komputer yang akan menukarkan data kepada maklumat yang berguna.
  • Keluaran – melaporkan keputusan pemprosesan kepada pengguna atau kepada komputer lain.